Thursday 15 September 2022

DOSA BESAR SYIRIK MENDUAKAN ALLAH

DOSA BESAR SYIRIK MENDUAKAN ALLAH

Dosa besar syirik, syirik, syirik khofiyy, syirik jaaliyy,  Islam, Cikgu ieta, Puteri Nur Cahaya, Aqidah, dosa besar, syirik, menduakan Allah, ciri-ciri syirik, dalil jauhi syirik, perjanjian dengan jin, hukum berjanji dengan jin, pertabalan jin,
Hari-hari solat baca doa ni tapi tidak faham maksud, masih hendak taksubkan leluhur khodam jin syaithon BOMOH menyamar perawat Islam

  1. Ingin saya tegaskan, Ritual bercakap dengan ruh dan leluhur (khodam jin syaithon), hipnosis NLP, meditasi dan astral projection adalah antara amalan Gerakan New Age. Ritual ini ritual sihir seru, jumpa, jemput dan panggil jin. Sudah pastilah sesat menyesatkan memesongkan aqidah. Rasa berdosa jika saya tidak kongsikan perkara ini kepada semua pembaca berkaitan kumpulan psikik dan scammer penunggang agama. KUMPULAN AJARAN SESAT. Kekangan dari api neraka mengekang pada saya nanti jika saya tidak berkongsi dan berdakwah kepada awam.

  2. Kita tidak tahu apa yang dilalui hidup dan mati orang lain bagaimana jerih dan payahnya menolak, menentang ajaran sesat, perbuatan sihir, syirik dan khurafat sehinggalah kita sendiri mengalaminya. Saat itu baru kita tahu dan sedar betapa nikmatnya iman dan Islam Allah telah anugerahkan kepada kita. Saya penat, letih, mual dan rasa hendak muntah. Jadi saya suka ramai orang baca siapa saya ni. Biar ramai orang tahu ajaran sesat (sihir, SYIRIK dan khurafat) MERBAHAYAKAN NYAWA. Saya hampir mati nyaris hilang nyawa akibat perbuatan guru² gila isim alam ghaib individu kumpulan ajaran sesat bomoh ilmu hitam ahli sihir gila isim sakit jiwa. 
  3. Artikel ini 👉 menjawab persoalan (klik baca) sama berulangkali. Letih nak jawab soalan sama berulangkali. 
  4. Dalam kehidupan, wajiblah kita berpegang kepada Aqidah Islam bertauhidkan Allah SWT. Bukan bertauhidkan tauhid selain sifat 20 yang jelas mengelirukan dan memecah-belahkan ummah. Biar jelas tiada satu pun perbuatan dan niat kita lari daripada mentauhidkan ALAH SWT yang menciptakan kita hamba-hambaNYA,  arasy, makhluk Iblis (anak cucu cicitnya disebut sebagai jin, hantu dan syaithon. Samalah tu bangsa sahaja berbeza) dan semua kehidupan di alam syurga seterusnya diciptakan lembaga Adam dari tujuh (7) benua diambil tanahnya untuk dijadikan sebagai KHALIFAH di alam dunia.

  5. Makhluk iblis tu Tuan Puan pembaca budiman, memang telah berjanji dengan Allah SWT akan menyesatkan kita makhluk manusia sehingga qiamat dia dihidupkan tidak berjasad hanya menghuni di mana sahaja dia suka. Dia ni malaikat Azazil nama asalnya. Ilmunya sangat tinggi. Tetapi disebabkan kufur nikmat, angkuh, takabbur dan sombong maka Allah murka kepadanya. Sehingga saat ini syaithon sikap makhluk manusia diibaratkan pada yang jahil murokkab dan biadap kepada hukum perundangan Allah SWT.
  6. KISAHNYA kenapa saya buat perkongsian ini, ialah setelah saya membaca barulah faham apa sebenarnya isu tabal jin, apa Mufti Dato' Harussani telah laksanakan untuk membersihkan minda banyak adat-istiadat syirik dan khurafat telah lama sebati kepada mentauhidkan Allah SWT semata-mata dan setelah saya melalui sendiri pengalaman didakyah ajaran amalan sesat, disihir, ritual, tuduh, tohmah, fitnah, mereka berdusta, jenayah cyberbully body shaming cyber attack AKIDAH, minda, jiwa, roh, NYAWA, NIQAB, keluarga keturunan saya, acah-acah suci UGUT AKAN LAPORKAN PADA POLIS, UGUT SAMAN, UGUT SIHIR, UGUT BUNUH, UGUT SANTAU, UGUT JURUS hingga saya muntah darah, UGUT PDRM, JAIS, MAIS akan menyerbu, angkut saya dan hasut ramai pulau saya , barulah saya faham apa sebenarnya sudah dilakukan ke atas jasad, minda dan rohani saya oleh bomoh gila isim sakit jiwa, golongan batiniyyah pendakyah ajaran sesat.
  7. Ketahuilah apa sahaja yang orang lain kongsikan di dalam mana-mana group, WAJIB TABAYYUN (semak) dan buatlah kajian sendiri. Memang tidak boleh terus ambil jadi pegangan 100% percaya. 
  8. Isu tabal jin isu tahun  2015, sudah lama. Samalah isu kalimah Allah. 2013 sudah digazetkan dibahaskan. Saya ada bukunya tu. 
  9. Nitizen macai Cybertrooper keyboard warrior memang senghaja buat umat Islam terutamanya bangsa Melayu bergaduh dan berbalah. Sebab inilah saya tidak suka berada dalam banyak group. 2023 saya baru faham banyak perkara, baru faham facebook bagaimana, banyak group saya sudah left.
  10. Berkaitan perkara banteras ajaran sesat, sihir, syirik, khurafat dan scammer ianya adalah kewajipan kita sebagai Mukmin Muslim sekadar termampu kita.
  11. Saya anti ajaran sesat perkara memesongkan aqidah. Lagi-lagi jika saya sudah menjadi mangsa aniaya, tohmahan dan fitnah gang sesat EJEN Gerakan New Age, ESQ 165, Ilmu karuuhun, Gerakan akhir zaman teori konspirasi dan Gerakan Missionary Kristian,. Saya akan menulis dan berkongsi. Blogger kan? Kita mesti buat kajian dan semak dahulu sebelum sebar dan percaya setiap apa sahaja dikongsikan kepada kita.
  12. Setelah saya melalui segala macam bentuk fitnah dan tohmahan di laman sosial barulah saya semakin mengerti kenapa perbuatan syirik berleluasa.
  13. Sebab ada ramai pentaksub yang mudah menerima amalan secara online yang dahagakan ilmu PERCUMA tidak mahu keluarkan wang bayar Guru mereka. Ghibah dan fitnah amat lazat. Ramailah juga netizen yang sanggup muflis di akhirat akibat menjadi macai cybertrooper keyboard warrior pada setiap perkongsian bohong orang-orang yang mereka taksubkan.
  14. Soalan untuk nitizen yang suka like, comment dan kongsikan apa sahaja tanpa tabayyun (semak) terlebih dahulu kesohehan apa yang ditonton dan apa yang dibaca, Masing-masing yakin ahli syurga. Tanpa sedar sudah turut menjadi gila isim sama seperti kumpulan ajaran sesat ini semuanya. 

    Antara dosa dedah aurat, dosa ikhtilat (pergaulan bebas) dan buat maksiat, dengan dosa besar syirik menduakan Allah, mana lebih berat jika sanggup menghina, mengumpat, mengata, mengeji, jenayah cyberbully body shaming hamba Allah yang sedang  kekeliruan hasil perbuatan sesat (sihir, syirik dan khurafat) penunggang agama di mana saat itu beliau kurang ilmu berkaitan." Ha, jawablah.

  15. Fahamkan ayat allah ini

La syariika lahu wa bi dza lika umirtu Wa Ana Minal Muslimin.

Dosa besar syirik, syirik, syirik khofiyy, syirik jaaliyy,  Islam, Cikgu ieta, Puteri Nur Cahaya, Aqidah, dosa besar, syirik, menduakan Allah, ciri-ciri syirik, dalil jauhi syirik, perjanjian dengan jin, hukum berjanji dengan jin, pertabalan jin,
Hari-hari solat baca doa ni tapi tidak faham maksud, masih hendak taksubkan leluhur khodam jin BOMOH menyamar perawat Islam. Yang ramai tidak faham tidak mahu mengaji tetapi lebih suka mengeji. Maka jadilah pentaksub. Taksub melampau pun bahaya untuk akidah kita. Taksub itulah antara dosa besar syirik menduakan Allah.


APA ITU SYIRIK? 😲

Syirik ialah menduakan Allah. Erti kata lain, mempercayai kekuatan, kehebatan dan kekuasaan selain Allah SWT. 

Ini termasuklah percaya tidak salah meminta tolong dari leluhur oleh bomoh sihir guru silat seni gayong makrifat yang pernah saya berkursus dengannya. Masih ada lagi modulnya dengan saya upacara ritual bertemu leluhur (jin) dan ritualnya boleh baca di SINI. ieyyy geli! Guru ajaran sesat bomoh sihir berkhodamkan jin gila isim sakit jiwa rupa-rupanya.


TAKSUB, BAGAIMANA IA MENJADI SYIRIK?

Taksub ialah terlalu yakin, terlalu percaya atau terlalu takut. Saya hanya menyebut sebahagian sahaja di dalam perkongsian saya ini.


TAKSUB TERLALU PERCAYA

  1. Taksub kepada guru / mentor/ leader / bos.
  2. Taksub kepada ubat dan suntikan
  3. Taksub shopee/ lazada dan aplikasi.
  4. Taksub kepada alam ghaib, mistik, misteri atau alam separanormal
  5. Taksub kepada leluhur jin.
  6. Taksub kepada keturunan.
  7. Taksub kepada haiwan tertentu contohnya Harimau dan Naga.
  8. Taksub kepada senjata alam sebelah sana (alam ghaib) seperti keris, cincin, minyak dan senjata tajam.
  9. Taksub kepada diri sendiri.
  10. Taksub ilmu kasyaf.
  11. Taksub kepada kemunculan Imam Mahdi hingga sibuk jemput saya nak buat foundation. 🙄
  12. Taksub kepada formula ramuan produk. 
  13. Taksub kepada nombor (metafizik).
  14. Taksub kepada ilmu aura @ gerak.
  15. Taksub kepada ramalan akhir zaman.
  16. Taksub kepada horoskop dan zodiak.
  17. Taksub followers.
  18. Taksub like.
  19. Taksub laman sosial.
  20. Taksub kepada ilmu telek menelek (scan).
  21. Taksub kepada bomoh.
  22. Taksubkan kepada emas.
  23. Taksub kepada amalan online.
  24. Taksub kepada objek / produk.
  25. Taksub amalan kebatinan kerohanian.
  26. Taksub kepada ramalan tarikh lahir.
  27. Taksub kepada mimpi.
  28. Taksub kepada ilmu perniagaan.
  29. Taksubkan ads berbayar.
  30. Taksub kepada diri kononnya magnet rezeki.
  31. Taksub kepada diri sendiri kononnya pakar rezeki dan pakar segala-galanya.
Selagi masih ada rasa keakuan dalam diri, selagi itulah kita masih di dalam kategori syirik menduakan Allah dosa besar kita kepada Allah SWT. Perbetulkan niat ya.



TAKSUB TERLALU TAKUT.

  1. Taksub freemason.
  2. Taksub iluminati.
  3. Taksubkan dajjal.
  4. Taksub bunyi burung.
  5. Taksub kepada mimpi.
  6. Taksub penyakit.
  7. Taksub ideologi pseudoscience (NLP).
  8. Taksub alam mistik dan misteri.
  9. Taksub kepada alam ghaib.
  10. Taksub mata Puteri Nur Cahaya keluarkan api. 🤣
Yang taksub ni semua sudah dikawal jin atau syaithon (anak cucu-cicit Azazil) kadangkala jin yang menyamar. Mereka yang gila isim akibat belajar ilmu sesat, mengajar, mendakyah dan beramal dengan amalan sesat (sihir, syirik dan khurafat) kebiasaannya amat taksubkan alam ghaib makhluk jin. Kelakar. Sudahlah sesat, menyesatkan, kuat berhalusinasi dan memesong terpesong aqidah meroyan pula fitnah saya ini penyebar ajaran sesat sebab takut saya bocorkan rahsia mereka kumpulan ajaran sesat.


KESAN TAKSUB

Bila taksub, inilah sebab boleh jatuh kepada syirik. Dinamakan ia sebagai Syirik khofiyy iaitu syirik yang tersembunyi. Ianya sangat halus. Ramai orang bila disentuh bab ADAB dan  SYIRIK mulalah meroyan, tuduh, fitnah dan tohmah kemudian lari. Hidup ini kena ambil tahu semua beb. Supaya hidup itu tidak tersasar terikut terjebak perangkap jin syaithon anak cucu-cicit  Azazil.



APA KESAN PERLAKUAN SYIRIK?

  1. Bila terjadinya syirik, maka Allah murka. Bila Allah murka, maka Allah menjatuhkan hukuman kepada diri kita. 
  2. Contohnya, menjadi mangsa fitnah oleh Guru sendiri selepas diri tahu rahsia program ke arah kesesatan dalam group mereka. Taksub kepad guru pun tak boleh. Saya pernah juga taksubkan guru. Sebab itu saya boleh berkongsi cerita. Sebab dulu saya jahil lagi naif sirah.
  3. Sudah lama semakin ramai keyboard warrior yang tidak ada kerja menjadikan group tempat mensesahkan kemarahan, bomoh-bomoh moden dan tradisional menyebarkan pengaruh dan ajaran sesat dan songsang memesongkan akidah.
  4. Malahan semakin ramai yang suka keji mengeji, mengumpat, caci-maki, mencarut tanpa ambil faham maksud tersirat di sebalik apa yang telah semakin berselirat. Tanpa tabayyun (selidik) terus percaya.


BAHAGIAN SYIRIK

Syirik itu ada dua bahagian iaitu syirik khofiyy dan ada syirik jaliyy.

1. Syirik khofiyy (خافى) ialah syirik yang tersembunyi. Syirik ini berlaku tanpa kita sedar. Sangat halus dan licik perbuatannya iaitu taksub kepercayaan, keyakinan atau takutkan kepada sesuatu perkara secara berlebihan. 

Seperti percaya,

  1. Kuasa jin kafir atau jin Islam, leluhur jin, khodam jin syaithon menjaga dan memberikan rezeki.
  2. Menjadikan jin, beri'tiqad jin sebagai pelindung negara, negeri jajahan atau taklukan. Sedangkan Allah SWT pemberi rezeki (Al-Wahhab) dan penjaga alam semesta (Al-Malik Al-Mulk) BUKAN JIN pasak bumi atau makhluk lainnya.
  3. Hati-hati syirik khofiyy dari ayat dan tulisan contohnya, "jatuh KERANA business dan bangkit KERANA Tahajjud". Perbuatan dan amalan terjadi semua perkara adalah atas kehendak Allah. Jika dikeranakan kepada makhluk atau amalan, maka berlakulah syirik khofiyy.


2. Syirik Jaliyy  (جالى) iaitu syirik yang jelas, nyata dan terang seperti 

  1. Sembah berhala, beri makan, buang ancak kepada jin Uslam atau jin kafir syaithon iblis leluhur jin dan adat budaya ritual petik (seru / panggil) golongan jin samada melalui program rawatan, majlis adat istiadat dan tarian. 
  2. Melakukan upacara ritual memuja, panggil dan seru ruh dan jin melalui sesi rawatan.
  3. Perbuatan sihir dan menjadikan saya perantara  berkomunikasi dengan jin oleh si gila isim sakit jiwa bomoh pendakyah ajaran sesat, empat belas (14 bomoh semuanya).
  4. Melakukan upacara memuja, beri makan hantu di dalam upacara keagamaan Budha dalam festival seni kebudayaan tarian Bon Ondori.
  5. Amalan ritual berkomunikasi dengan ruh, puja leluhur, taksubkan alam ghaib, amalan hipnosis (pukau), Neuro Languistic Programming (NLP) menafikan qadak dan qadar Allah dan amalan meditasi. Potensi diri, hikmah diri, urus buka pineal gland atau Potensi Genetik leluhur (PGL). Semua ini adalah antara amalan ritual  New Age. Gerakan ini sesat dan menyesatkan AQIDAH. ESQ 165 telah difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Wilayah pada tahun 2010 tetapi  bomoh berlambak jin menyamar perawat Islam, guru Silat Seni Gayung Makrifat gila isim sakit jiwa antara golongan batiniyyah yang masih beramal dan menyebarkan ilmu karuuhun (leluhur jin) ini. 
  6. Sesiapa yang menghidupkan ilmu leluhur adalah seperti menghidupkan amalan kebatinan kerohanian sesat diajar oleh malaikat Harut dan Marut untuk menunjukkan bukti sihir merosakkan rumahtangga sudah lama bermula di zaman firaun Nimrod atau Namrud semasa zaman Nabi Allah Musa lagi. Betulkan maklumkan di komen jika fakta saya ini salah.

DOSA BESAR SYIRIK MENDUAKAN ALLAH, syirik, syirik khofiyy, syirik jali, ajaran sesat, dakyah  ajaran sesat, tawassul tidak salah, seru puja ruh syirik
Sumber : Jabatan Mufti Negeri Sembilan


JAUHI DAN BANTERAS SYIRIK.

  1. Pedulikanlah apa orang hendak kata, janji saya akan tetap sebarkan apakah perkara sesat sihir, syirik, khurafat yang berlegar di sekeliling kita.
  2. Sebab itulah saya Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta ni selalu berpesan,
    • Jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.
  3. Tetapi jika orang biadap bab AQIDAH memang saya maki teruslah. Hendak-hendak pula sudah empat (4) tahun fitnah tular oleh mereka yang gila isim ini buat ritual bercakap ruh dan seru leluhur (jin) antara amalan gerakan New Age. Ritual ini sesat menyesatkan aqidah. Gila kau masih hendak berlemah-lembut dengan ajaran sesat bermain sihir berkhodamkan jin? 
  4. Sesungguhnya dosa besar syirik menduakan Allah membuat fitnah tidak berasas dek akal Mukmin Muslim itu lebih dahsyat dari saya maki BABI dan saya mencarutkan mereka semua. Adaku kisah? Yang membangkang saya bab AQIDAH ni pun tidak kisah. Jadi apa perlu saya kisahkan cakap-cakap tin kosong semua yang ada? Kisah pula... 🙄🤭
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْس إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku (saja)Adz-Dzaariyaat: 56. Inilah tujuan kita dihidupkan. Tidak ada pun Allah suruh arah kita MEMBERHALAKAN LELUHUR JIN.



MAJLIS PERTABALAN JIN?

Inilah budaya adat istiadat Tuan Mufti Dato' Harussani maklumkan kepada Raja Negeri Perak sewaktu beliau menjadi Mufti Negeri Perak,

ADA PERKARA TIDAK BOLEH DIBUAT KERANA MENYALAHI HUKUM ALLAH".

Adakah perlu kita bertegang urat dan  mempertahankan adat istiadat ini jika sudah jelas Mufti sendiri melarangnya pada sebahagian perkara yang menyalahi hukum Allah SWT?

Logiknya ialah, kenapa perlu manusia tabalkan jin sedangkan manusia adalah makhluk KHALIFAH Allah yang lebih mulia, diberi akal fikiran dan berjasad untuk mentadbir alam dunia? Jin tiada berjasad. Mereka menumpang di dalam jasad-jasad manusia atau makhluk lain di alam dunia, alam lautan dan lain-lain alam lagi.

Menurut artikel yang saya baca, tabalkan jin disebabkan bersahabat dengan jin. Tanpa sedar telah akur, tunduk dan patuh kepada jin dan berjanji taat setia kepada jin sehingga mensekutukan Allah. Inilah syirik yang Allah  larang.

Memang jika disebut bab syirik ramai yang terus meroyan rupanya. Tidak baca habis terus meroyan. Taksublah tu. Selalunya yang kuat meroyan ni malas membaca tetapi kuat meroyan. Sabar. Baca dahulu penerangan saya sebagai yang dimanahkan membanteras perkara syirik, khurafat dan sesat ini. 

JAGA ADAB, JANGAN TAKSUB, JAUHI SYIRIK DAN JANGAN MENIPU.

Jadi, takkanlah kita manusia yang Allah muliakan ni sanggup merendahkan diri tunduk kepada makhluk jin walaupun jin terdahulu yang wujud sebelum kita manusia?

Kenapa perlu samakan manusia dengan Jin sedangkan manusia lebih mulia dari jin jika amalan taqwanya kepada Allah SWT?

Kenapa perlu bersahabat dengan jin jika kita makhluk dan hamba Allah? Tidak cukupkah ALLAH sebagai pelindung kita semua makhluk hambaNYA?

Saya meneruskan kajian dan bacaan lagi. Terjumpa penulisan di bawah ini.


APA ITU ISTIADAT TABAL JIN? 

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak. Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam.

MENURUT SUMBER, AMALAN TABAL JIN SUDAH TIDAK DI AMALKAN PADA ZAMAN SEKARANG INI.

Saya teruskan kajian saya lagi. Terjumpa pula artikel di bawah ini 👇🏻Hah! Alhamdulillah semakin faham.



APA YANG BUKAN KHURAFAT?. [SUMBER ASAL diakses dan dikemaskini ke dalam blog ini oleh Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta pada 2 May  2021 jam 9:41 pagi]


Artikel ini saya salin terus dari Harian Metro Online ditulis oleh Wan Asrudi Wan Hassan dan telah disiarkan pada Mei 9, 2015 @ 10:59am.

Ipoh: Istiadat Pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 yang dilaksanakan sekarang tidak bertentangan dengan syarak sebaliknya lebih menjurus kepada usaha memulihara adat dan adab Melayu yang diwarisi turun-temurun.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, 

Sebelum istiadat pertabalan itu dilakukan, pihaknya mengadakan mesyuarat bagi memastikan semua adat dilakukan tidak mengandungi sebarang unsur khurafat sebaliknya selari dengan ajaran Islam.

Kita ada adab dan adat, namun sebahagian orang kita (Melayu) tidak faham apa itu adat dan apa itu adab. Kita menyembah raja itu adab kerana itu adab orang Melayu sejak dulu yang dipelihara.

Menghormati raja atau manusia tidak salah, asalkan jangan sujud atau rukuk, itu yang salah. Banyak sejarah orang Melayu sudah hilang, di sekolah tidak belajar lagi mengenai sejarah Raja Melayu, ada adat yang diterima oleh syarak, ada yang bertentangan seperti adat sembah pokok, sembah busut atau pergi ke keramat, itu tidak boleh kerana khurafat,” katanya.

Harussani berkata, 

maksud sebenar beberapa adat sepanjang pertabalan Sultan Perak iaitu bermula dengan Tabal Adat pada Rabu lalu yang menyaksikan Toh Seri Nara Diraja menyerahkan Mastika Embun dan membisikkan sesuatu kepada Sultan Nazrin.

Bisikan itu satu pesanan supaya raja bersikap adil kepada rakyat. Itu saja, tetapi dengan cara beradat dan beradab” katanya ketika ditemui selepas mengiringi Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.

Mengenai istiadat Tabal Pusaka, Harussani berkata, ia semata-mata menyerahkan hak pusaka raja terdahulu kepada raja sekarang diiringi paluan nobat sebagai alat kebesaran dan dijirus air mawar selain tiada mantera dibenarkan. (Sebelum ini ada mantera. Itu yang Almarhum Dato' Harussani nyatakan menyalahi hukum Allah).

Sebelum ini adat itu dikenali sebagai Tabal Jin, tetapi ia dimansuhkan kerana manusia tidak boleh disamakan dengan jin.

Mengulas mengenai adat mengambil air dari tujuh kuala sungai di Sungai Perak dan Adat Bersiram Tabal pula Harussani berkata, ia lebih kepada simbolik menunjukkan kekuasaan seorang raja.

Pada masa dulu tiada sempadan daerah, jadi tujuh kuala sungai ini sebagai sempadan daerah takluk, jadi mandi dengan air dari tujuh kuala sungai untuk menunjukkan simbolik daerah kekuasaan, ia tiada unsur khurafat,” katanya.

Beliau berkata, 

Adat menziarahi 34 makam raja terdahulu pula sebahagian daripada sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai memperingati raja yang sudah meninggal dunia dan melakukan tahlil setiap kali ziarah itu dilakukan.

Adat menjejakkan kaki di Beting Beras Basah di muara Sungai Perak pula bagi memperingati sejarah raja pertama iaitu Sultan Muzaffar Shah yang masuk ke Perak seterusnya memerintah negeri itu.

Jadi siapa kata ziarah makam tu sesat? Sedangkan Almarhum Dato' Harussani menyatakan ianya sunnah Nabi.


Ada satu lagi kisah suka saya baca dan ingin kongsikan. Teruskan membaca 👇🏻


BANTERAS AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DI ISTANA PERAK.  [SUMBER Ini Saya Akses Pada 2 May 2021 jam 11:20 am, telah ditulis oleh azar ishak dan disiarkan pada 7 september 2020]


Dosa besar syirik, syirik, syirik khofiyy, syirik jaaliyy,  Islam, Cikgu ieta, Puteri Nur Cahaya, Aqidah, dosa besar, syirik, menduakan Allah, ciri-ciri syirik, dalil jauhi syirik, perjanjian dengan jin, hukum berjanji dengan jin, pertabalan jin,
Almarhum Dato' Harussani dilahirkan di Parit Buntar Perak dan berketurunan Banjar. Sebangsa dengan saya. Imej dari Bebas News melalui Blog Sos Cili. Semoga YM. Almarhum Dato' Mufti Harussani sentiasa di dalam rahmat Allah. Aamiin.


Berdasarkan Memoir Harussani Zakaria : Dia akan jadi Mufti, di bab tujuh memoir tu ada diceritakan tentang tugas-tugas terawal beliau selepas dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perak. Harussani berkata, pada suatu hari beliau masuk ke Istana Perak dan melihat alat yang dikenali sebagai ‘sangkar-sangkar’ di sekeliling istana.

Bila ditanya kepada petugas istana, mereka menjawab yang tu semua adalah adat. Bila dengar jawapan tu, Harussani bertanya lagi –

sama ada yang tinggal di istana ni manusia atau jin?
Mereka jawab

manusia iaitu Sultan

Dan Harussani pun kata:

Kalau sultan yang tinggal di istana itu, kenapa kita pasang sangkar-sangkar untuk jin ini? Sultan bukan jin. Sultan adalah manusia. Apakah orang Perak bersultankan jin ke? – Harussani, dipetik dari memoir beliau.

Selepas itu, Harussani mengarahkan supaya semua sangkar tu dibuang, walaupun dapat bantahan daripada Orang Besar Istana

Selain itu, ada juga amalan menyembelih kerbau dan kepala kerbau tu tadi ditanam di bawah tempat mandi. Amalan itu turut dibantah dan dihapuskan oleh Harussani kerana mengandungi unsur syirik.


MEMANSUHKAN UPACARA ‘TABAL JIN’ DAN PEMAKAIAN ULAR EMAS


Tapi, antara amalan yang menjadi masalah besar menurut Harussani di Istana Perak pada masa tu adalah amalan Tabal Jin iaitu adat menabal jin pada sebelah malam dan siangnya pula Istiadat Pertabalan Sultan Perak. Ini kerana, dipercayai bahawa seseorang sultan tu didampingi oleh jin-jin.

Berdasarkan cerita beliau, amalan ni bermula apabila semua orang yang berpakaian hitam masuk ke dalam dewan, menutup lampu dan hanya menyalakan lilin. Selepas tu, Pawang Diraja akan menyempurnakan upacara berkenaan

Inilah antara ritual bomoh zaman firaun. Saya pernah nampak ritual sebegini (dalam mimpi). Hihi.

Maklum tentang amalan tu, Harussani kemudiannya segera menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (almarhum) dan tanya tentang rasionalnya amalan tu diteruskan. Harussani juga membacakan ayat 6 dari Surah Jin yang bermaksud:

Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” – Surah Jin, ayat 6. 

disebabkan kesombongan jin itulah mereka berani minta kita memberikan sajian seperti sembelihan lembu, kambing, ayam dan sebagainya. Amalan-amalan tu tak lain dan tak bukan hanya menjerumuskan kita semua ke dalam lembah syirik semata-mata". Tambah Harussani.


Mendengar nasihat dan penerangan tu, Sultan Azlan bersetuju dengan Harussani dan memperkenankan supaya amalan Tabal Jin dimansuhkan dari istiadat Istana Perak. Amalan tu kemudiannya diganti dengan Istiadat Tabal Pusaka yang hanya sekadar diiringi paluan nobat sebagai alat kebesaran dan dijirus air mawar, selain tak ada mentera yang digunakan.

Dalam pada itu, beliau juga ada mengarahkan supaya adat pemakaian perhiasan emas berbentuk ular dimansuhkan selepas mendapat perkenan daripada Sultan Perak.

Saya beritahu kepada Sultan, pada zaman Firaun menjadi raja dahulu, dia memakai perhiasan sedemikian kerana ular itu lambang tuhan mereka, sebab ular membunuh orang.” – Harussani, dipetik dari memoir beliau.

Dosa besar syirik, syirik, syirik khofiyy, syirik jaaliyy,  Islam, Cikgu ieta, Puteri Nur Cahaya, Aqidah, dosa besar, syirik, menduakan Allah, ciri-ciri syirik, dalil jauhi syirik, perjanjian dengan jin, hukum berjanji dengan jin, pertabalan jin,
Pontoh Ular Lidi, sepasang gelang emas berbentuk kepala ular lidi yang merupakan salah satu alat-alat kebesaran negeri Perak. Tak dapat dipastikan sama ada alat ini yang dimaksudkan oleh Harussani. Imej dari Laman web rasmi Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Negeri Perak. Sumber : Sos Cili. (Lupa pula saya ambil linknya. Artikel ini sudah lama. Kenetulan baca, search dan terjumpa).


HINA ADAT ISTIADAT? 😳

Tidak ada yang menghina atau terhina jika bijak membaca apa dikongsikan. Belajarlah, buka mata hati tu. Belajar membaca setiap apa yang orang lain tuliskan belajar fahamkan apa orang lain tulis. Baru boleh komen.

Saya menulis apa saya mahu tulis, kefahaman dan pengalaman sendiri. Tidak ikut orang lain. Yang membengkeng, biasanya ilmunya tidak cukup. Sebab itu asyik membengkeng. Baca pun tidak habis, terus membengkeng dan marah-marah. Kelakarlah jenis macam ni. Inilah namanya membongak ilmu tin kosong. 🤭


BILA SUDAH TAHU LELUHUR TU JIN

Mohon maaf. Saya bersetuju kisah berkaitan sejarah bangsa Melayu. Tapi, 

  1. Leluhur  satu sebutan kepercayaan lain dan sebenarnya ia merujuk kepada ritual jin. Rujuk apa kenyataan Almarhum Dato' Harussani dalam membanteras syirik dan khurafat dahulu. 
  2. Logiknya, kenapa perlu disebut diraikan sangat akan leluhur? Takkanlah kita ni manusia perlu mengaku kita ini keturunan jin? Kenapa tidak sebut nenek moyang sahaja? Kan lebih manis sedap didengar. Nampaklah kemanusiaannya. 
  3. Tidak perlu dibanggakan leluhur jin. Kalau kalian campur-adukkan sebut jin memanglah jin yang mari. Saya berpengalaman kalau bab leluhur ni sebab saya didakyah leluhur tu moyang dari tahun 2020 lagi oleh bomoh-bomoh pendakyah ajaran amalan kebatinan kerohanian New Age. Semua ilmu sesat dicamour-gaulakan disebarkan melalui kursus dan kumpulan sesat mereka, mereka menyamar perawat Islam bersama sekutu-sekutu mereka. 
  4. Mereka memang sebut qanturah ibu melayu. Inilah sebuah manipulasi golongan batiniyyah yang amat mengelirukan umat Islam. Mencampur-adukkan sejarah dunia Melayu dengan alam ghaib dan mistik acah-acah Nusantara. Saya kenal yang bertanjak. Berkompromi dengan penyebar-penyebar fitnah tentang saya pada tahun 2020. 
  5. Mereka ini ilmunya tin kosong. Kolaborasi pula dengan bomoh pendakyah ajaran sesat. Habis semua ilmu karuuhun disebarkannya. Buku dijual hanyalah ilmu copy paste. Kami suami isteri kesal membelinya. Isimya hanyalah ilmu copy sana sikit sini sikit terus paste jadi sebuah buku. 


JIN, MOYANG DAN LELUHUR.

  1. Berkaitan jin dan leluhur sudah banyak kali saya kongsikan. Leluhur tidak nampak itu jin. Usah percayalah kepada jin. Usah keliru antara jin kafir leluhur, Nenek moyang, budaya dan amalan adat istiadat bnagsa Melayu zaman kuno purbakala lama sebelum Islam ya. 
  2. Saya pernah didakyah dan dikelirukan bab ni. Saya diberitahu dan ada yang saya tahu sendiri hasil pembacaan dan saya banyak merujuk membaca sini sana. 
  3. Kini sudah tidak mahu ambil tahu sudah tidak mahu lagi mengkaji tetapi tahu saya itu mungkin sebab saya pernah mengalami perkara pelik-pelik semasa roh, nyawa, jiwa dan semangat saya terperangkap di antara alam sebelahbsana dan dunia nyata. 
  4. Alhamdulillah Aqidah saya sentiasa berlandaskan Islam. Inilah keutamaan saya. Jika tidak ada ilmu pengetahuan berkaitan, lebih baik diam. Usahlah cakap. Usah tulis. Usah berdebat dengan saya. Hanya akan  mengelirukan saya dan ramai. Seperti contoh mereka di dalam perkongsian saya ini. Biadap dan tidak beradab. Kurang ajar tu samalah sahaja.


TIDAK HABIS-HABIS HAL JIN. 🤦🏻‍♂️

Saya bukan hendak mengaibkan sesiapa. Tapi inilah realitinya sekarang puak akhur zaman ini. Pakai furdah (cadar @ niqab) tapi merepek dan buat kerja jahil. Soalan merepek dan memang tidak beradab langsung sebab ajak saya mengumpat dan berkelakuan biadap dengan saya. Kan sudah kena block. 😌

Meroyan, pemalas membaca, kuat meroyan, jantan kuat meroyan, syirik khofiyy,Dosa besar syirik, syirik, syirik khofiyy, syirik jaaliyy,  Islam, Cikgu ieta, Puteri Nur Cahaya, Aqidah, dosa besar, syirik, menduakan Allah, ciri-ciri syirik, dalil jauhi syirik, perjanjian dengan jin, hukum berjanji dengan jin, pertabalan jin,
CONTOH JAHIL MURAKKAB

  1. Artikel itu tidak berfaedah langsung ditulis oleh perawat merapik tin kosong Shaiful Rizuwa yang pernah fitnah, tuduh, tohmah saya Bunian dan biadap memaki-hamun saya. Perempuan ini tidak ada ilmu tetapi berlagak dan menulis seperti bijak.
  2. Perempuan berfurdah ini pula kongsikan posting Shaiful Rizuwa ajak saya mengumpat dan mengata rakannya sendiri syaithon. Tidak beradab langsung. Manalah saya tidak marah masa tu? Ajak saya mengumpat hal orang. Provokasi saya hal orang yang tiada kaitan dengan saya. 
  3. Benarlah, pakaian luaran tidak mencerminkan ADAB yang indah. Ramai orang berilmu tetapi tidak ramai orang yang berADAB.
  4. Walaupun saya juga memakai furdah, tetapi saya memang anti wanita berfurdah yang merepek begini. Saya ada pengalaman buruk dengan wanita yang berfurdah, doktor perawat, Tok Batin, Tukang Santet, Motivator, Konsultan, Guru Silat, Penceramah bebas, Pengacara bebas, Coach, Ustaz Ustazah dan individu ramai followers yang gila isim mendakyah saya ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat). Kebanyakannya saya terjumpa di Facebook. Ada beberapa orang sahaja saya jumpa realiti. Mereka ini tidak beradab. Percakapan dan penulisan juga tidak tahu dijaga adabnya kerana sangat kuat berbohong dan kuat berhalusinasi. 
  5. Pakaian berniqab itu molek sudah, pakaian saidatina Aisyah Radiyallahu 'anha sewaktu beliau difitnah menduakan Rasulullah SAW. Carilah kisah sejarah Islam tentang srikandi mulia ini. Alhamdulillah saya kembali berniqab pada 1/7/2021 atas izin Suami saya. Saya selesa. 🥰


MUSLIM?

Kita ini muslimkan? Wajiblah jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik dan jangan menipu. Semoga kita semua sentiasa menjaga adab, tidak taksub, menjauhi syirik dan tidak menipu. Aamiin. Ingat, dosa besar syirik menduakan allah tidak akan buat hidup anda bahagia selagimana anda tidak kembali kepada Allah SWT.


ISTILAH ARAB

  1. MUNAFIQ : Orang yang bila bercakap dia berbohong. Bila berjanji dia memungkiri janji.
  2. FASIQ : Orang yang sudah tahu perkara syirik dan kejahatan sudah berlaku tetapi hanya berdiam diri.
  3. KAFIR : Orang yang tidak mahu ikut hukum Allah dan Islam.
  4. MUSYRIK : Orang yang menduakan Allah.

BAHAGIAN JAHIL [SUMBER diakses pada 5 Jun, 2021 jam 4:35 pm]

Rentetan daripada perkara ke tiga belas (13), saya telah buat penjelasan. Saya risau saya tersilap tulis. Jadi saya juga mencari bahan rujukan selain Al-Quran dan Al-Hadith. Benarlah, jahil murakkab itu bahagian jahil juga. Jahil ni ada dua (2) bahagian iaitu :

Pertama: Jahil Basit (الجَهْلُ البسيط)

Menurut para penulis kitab Al-Mu’jam Al-Wasith, jahil basit adalah suatu ibarat yang diletakkan kepada sesiapa yang kita selamat dari kejahilannya (iaitu kejahilannya tidak membawa kemudaratan kepada orang lain).

Manakala Imam Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa maksud jahil basit ini adalah : 

‘’(Seseorang itu) tidak mempunyai makrifah (pengetahuan) namun dia tidaklah menimbulkan keraguan kepada hal sebaliknya’’. Rujuk Badai’ Al-Fawaid, Ibn Al-Qayyim (4/209).

Ia bermakna, seseorang yang jahil dalam kategori ini tidak mempunyai pengetahuan sebenar terhadap sesuatu isu. Namun dalam masa yang sama dia tidak menimbulkan dakwaan bahawa dia berada di pihak yang benar dan pihak yang berlawanan dengannya itu salah. Iaitu dia tidak menimbulkan keraguan kepada orang lain dalam hal tersebut.

Kedua: Jahil Murakkab (الجَهْلُ المرَكَّب)

Definisi jahil murakkab adalah: 

‘’Suatu ibarat yang diletakkan kepada seseorang yang kita tidak selamat dari kejahilannya (iaitu kejahilannya memberi mudarat kepada orang lain)’’. Rujuk Al-Mu’jam Al-Wasith.

Di sisi Ibn Al-Qayyim pula jahil murakkab pula adalah kejahilan tokoh-tokoh pegangan yang bathil. Rujuk Badai’ Al-Fawaid, Ibn Al-Qayyim (4/209).


PENUTUP PENGERTIAN JAHIL

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa jahil basit tidaklah dianggap sebagai suatu yang tercela selama mana seseorang itu tidak menyebabkan kemudaratan terhadap orang lain dari kejahilannya itu.

Manakala jahil murakab adalah suatu sifat yang tercela. Ini kerana, bukan sekadar dirinya jahil bahkan dia mempertahankan kebatilan tersebut dengan menganggap ia sebagai suatu kebenaran. Justeru, kemudaratan darinya lebih banyak dan berganda terhadap orang lain.

Akhir kalam, kami berdoa semoga Allah S.W.T sentiasa memuliakan kita semua dengan ilmu dan menjauhkan diri kita dari bersikap sombong terhadap kebenaran. Amiin.


KESIMPULAN BERKAITAN MAJLIS TABAL JIN DOSA SYIRIK :

Maka jelaslah kenapa dan mengapa Adat Tabal Jin dan beberapa perkara lain lagi seperti saya nyatakan  di atas dikatakan syirik dan khurafat. Ia disebabkan,

  1. Ada mantera diamalkan. Mantera itulah yang menyalahi aqidah Muslim.
  2. Menyamakan manusia dengan jin. Sedangkan manusia lebih mulia dari semua makhluk yang ada kerana manusia berakal. Manusia tidak boleh disamakan dengan jin.
  3. Amalan menyembelih kerbau dan kepala kerbau ditanam di bawah tempat mandi. Amalan itu turut dibantah dan dihapuskan oleh Harussani kerana mengandungi unsur syirik.

  4. Sultan Azlan bersetuju dengan Harussani dan memperkenankan supaya amalan Tabal Jin dimansuhkan dari istiadat Istana Perak. Amalan tu kemudiannya diganti dengan Istiadat Tabal Pusaka yang hanya sekadar diiringi paluan nobat sebagai alat kebesaran dan dijirus air mawar, selain tidak ada mentera yang digunakan.

  5. Adat pemakaian perhiasan emas berbentuk ular dimansuhkan kerana menyamai dengan kepercayaan Firaun ular adalah tuhannya.
  6. Semua perkara di Istana Negara tu Alhamdulillah sudahpun dimansuhkan dan digantikan dengan adat yang tidak menyalahi hukum Islam.

PENERIMAAN AMALAN SECARA ONLINE
  1. Berkaitan penerimaan amalan secara online adalah disebabkan sikap taksub kepada ramai follower, mudah percaya dan diam diri apabila ditipu (scam) oleh perawat, Ustaz, tukang santet dan tok bomoh mereka dapatkan rawatan dari penunggang agama.
  2. Manakala pemberi amalan sendiri menerima amalan dari mereka yang mengamalkan perkhodaman makhluk yang tidak nampak (ghaib @ mistik).
  3. Ada juga yang tidak tahu mereka itu sebenarnya dikuasai makhluk ghaib tetapi masih hendak mengajar dan sebarkan ilmu.
  4. Amalan secara online seperti zikir sirr guna kaedah meditasi, selawat dari 3 pagi sehingga jam 6 pagi menyiksakan diri pengamal hingga khodam Jin mengganggu pengamal dan lain-lain perkara berkaitan New Age Movement seperti meditasi, ilmu Metafizik, ilmu aura, magnet rezeki, garfu tala dan kepercayaan khurafat masih lagi tular sehingga saat saya sambung menulis artikel ini disebabkan kurang ilmu individu terhadap adab berguru, etika di laman sosial dan kesan individu pemberi amalan yang gila isim (gila nama gila glamour). 🤦


KENAPA TOLAK AMALAN AJARAN SESAT?

  1. Perkara sesat iaitu syirik dan khurafat memesongkan aqidah.
  2. Sebarang amalan online daripada mereka yang beramal perkara perkara sesat (sihir (termasuk hipnosis), syirik dan khurafat) hanyalah menghasilkan pembiakan khodam jin. Bangsa Iblis ini mengganggu, menyerupai pelbagai rupa cuba menyesatkan dan mengganggu rohani dan jasmani kita Mukmin Muslim.
  3. Saya hampir mati nyaris hilang nyawa hasil perbuatan khianat kumpulan dan individu ajaran amalan sesat (syirik dan khurafat) dilakukan empat (4) guru-guru silat dan sepuluh (10) individu lain lagi bomoh menyamar perawat Islam.



Memang saya marah pada mereka yang mempermainkan Aqidah dan jahil murakkab yang cuba memesongkan aqidah saya. Semoga pihak berkaitan masih seperti dahulu. Tegas, cekap dan teliti dalam mengeluarkan dalil dan fatwa. Tidak seperti sekarang ini. Daging import pun ada yang sijil beli. Allahuakbar. 😢

Meroyan, pemalas membaca, kuat meroyan, jantan kuat meroyan, syirik khofiyy,Dosa besar syirik, syirik, syirik khofiyy, syirik jaaliyy,  Islam, Cikgu ieta, Puteri Nur Cahaya, Aqidah, dosa besar, syirik, menduakan Allah, ciri-ciri syirik, dalil jauhi syirik, perjanjian dengan jin, hukum berjanji dengan jin, pertabalan jin,
Jelas ayat Al-Quran ni, amalan berkhodamkan jin iaitu meminta pertolongan daripada mereka adalah ditegah oleh Allah SWT. Jadi kenapa perlu diikut Amir Shahmi Md. Ali Doktor perawat gila isim taksubkan leluhur jin yang menyatakan dalam kursusnya "Tidak salah minta bantuan leluhur"? Bangang si gila isim ni.


Usah sekutukan Allah SWT. Kukuhkan dan hadamkan asas sifat 20. Pahatkan mantapkan aqidah iman kita itu. Semua jenis jin tidak boleh dijadikan khodam. Apatah lagi mohon bantuan daripada leluhur (jin). Itu sudah menduakan Allah. 

Allah melarang keras makhluk manusia yang lebih mulia dari makhluk lain  mensyirik (sekutu/mendua)kan Allah. Dalam entri Blog saya ini saya sudah jelaskan bab syirik. Rujuk di atas.

Sebab itu saya menentang ajaran dan amalan-amalan sesat gang paranoid akhir zaman teori konspirasi pelampau, New age, ESQ165 dan Missionary Kristian. Sebab saya sendiri mengalaminya saya berani menulis semuanya. 


KESIMPULAN

Kesimpulannya, dosa besar syirik menduakan allah berkaitan perkara melibatkan hal alam ghaib, usah dibicarakan jika kita bukan ahlinya. Biarlah yang pakar sahaja membicarakan ia. Kerana jika yang bukan pakar, hanya akan menimbulkan fitnah sahaja. Tambahan pula yang menulis itu kebanyakannya gila isim yang ada makhluk tidak nampak pada jasad zahirnya. Tetapi tuduh dan fitnah orang lain pula termasuklah saya difitnahnya. Bertaubatlah pada yang mengumpat, menista, memaki-hamun, mencarut, menuduh, memfitnah dan mengadu-domba memporak-perandakan silatur-rahmi sesama manusia.


PENULIS NAMA PENA, 
  • Founder Rahsia Social Media, Rahsia Likes Free Tanpa Ads dan Rahsia Carian Google.
  • Kini Suri Rumah Sepenuh Masa, multi tasking person, sebelumnya isi masa lapang sambilan sebagai Freelancer, Lifestyle Blogger, Marketer dan Social Media Coach
  • Bukan Guru Silat, bukan perawat, bukan guru kebatinan dan kerohanian. Cuma pernah terkeliru hasil perbuatan khianat guru-guru ajaran sesat ini hanyalah Lulusan Pondok 4 Thanawi, Institute of Information Technology Cosmopoint (KLMU) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Space.
  • Mantan Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), meletakkan jawatan sebab urusan perniagaan.
  • Mantan Penolong Guru Besar SRIP meletakkan jawatan sebab sambung belajar. 
  • Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2016. Meletakkan jawatan dari JAWI sebab kronik slipped disc. Alhamdulillah sembuh dengan izin Allah tanpa suntikan steroid, voltaron dan tanpa pembedahan.
  • Anti ajaran sesat (sihir, syirik, khurafat) bomoh perawat sesat Guru Silat Seni Gayong Makrifat, Guru Silat Seni Gayong Malaysia dan Harimau, Coach pengamal silat selimpang merah, tenaga pengajar Silat Seni Gayong Fatani Putrajaya kurang ajar, tenaga pengajar Silat 7 Langkah kurang ajar dan gang gila isim paranoid akhir zaman teori konspirasi mainstream (PDRM maklumkan mereka ini psikik dan scammer penunggang agama).


No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Saya tidak bermusuh dengan mereka tetapi mereka telah berkelakuan biadap di facebook, melalui whatsap, telegram atau bersemuka.

Mereka adalah bomoh ilmu hitam, psikik scammer penunggang agama, kumpulan ajaran sesat gila isim memesongkan aqidah menganiaya, ugut, ghibah (mengumpat), tohmah, fitnah, caci-maki, hamun, mencarutkan, mengaibkan JENAYAH CYBERBULLY BODY SHAMING AQIDAH, MINDA, JIWA, NIQAB DAN KETURUNAN saya bermula tahun 2015, 2020, 2021 hingga kini.

PDRM sifatkan mereka semua ini psikik dan scammer penunggang agama. Mereka ini kurang kasih sayang ghibah hal saya di laman sosial mereka pada tahun 2015, 2020, 2021 dan 2022.

Antaranya, Najeeb Abdullah, Saidila Abdul Rahman, Adnan Ibrahim (Tiffin Biru), Amir Shahmi Md. Ali, Mohd Nuur Fahmy Nuur Massailan (Fahmy Adam), Ahmad Fadzli Yusof (Ahmad Fadzli AlBasuti), Tengku Asmadi Tengku Mohammed (DTA), Abdul Malek Abdul Halim (Cikgu Malek Wirajaya), Shaiful Rizuwa, Azrul Hisham Abd Halim, Sayf Al-Malawi, Muhammad James Baven, Muhammad Anis Hassan (Haniz Zerstoren), Muhammad Arifin Rizkin (Muhd Arifin), Juliana Hussein (Lyana Bajana), ليلي حيليدين، Tengku Azrul Hamdi Tuan Zolkapeli (Jalak Lenteng XI), Muhammad Anuar Ibrahim (Cikgu Nuar), Nasri Mardi Ismail (Cikgu ie), Syazrul Fadzly (Li), Wan Amir, Lynn Lyana Leen, Mohd Siddiq (Haris Kersani), Panglima Indra Shahril, رمضان ليستاري, Raja Rozieda Gee dan ramai lagi pentaksub bodoh mereka. Apa sahaja yang mereka maki-hamun, sindir, umpat, mencarut, aibkan saya melalui like, comment, share kembali semula kepada mereka.

DILARANG :
1) Minta sedekah secara online.
2) Mengumpat hal orang tiada kaitan dengan saya.
3) Kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak mahu dengar dan saya tidak suka.
4) Sembang kosong.

BERIKLAN.
Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com

TERIMA KASIH
Terima kasih sudi berkunjung dan komen. Silakan kongsi untuk manfaat ramai. Sebarang cadangan dialu-alukan dan pertanyaan sila email ke panjialamnusantara@gmail.com

Penulis nama pena,
Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta.

ARTIKEL TERKINI

BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA GILA

PSIKOPAT BOMOH SCAMMER PENUNGGANG AGAMA   (Moga pembaca mudah faham. Kesulitan mohon maaf 🙏). Beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta...